INOVASI 1 : Kaedah Mengajar Secara POPBL (Project Oriented Problem Base Learning) di Kolej Komuniti
Perbezaan secara Teoritikal P&P secara tradisional dengan P&P secara POPBL
Perkongsian inovasi ini diharapkan dapat menjadi refleksi dan rujukan kepada pensyarah Kolej Komuniti khasnya untuk menambah pendekatan baru bagi mempertingkatkan lagi mutu P&P agar Matlamat ‘Transformasi Kolej Komuniti’ dalam
Dasar Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Fasa 2 (2011 – 2015) tercapai.
Dimana matlamat tersebut ialah :
"Kolej Komuniti dapat menyumbangkan 35% tenaga mahir negara pada hujung tahun 2015 melalui target 120,000 peserta yang telah mengikuti program Sijil Modular Kebangsaan"

INOVASI 2 : Alat Bahan Bantu Mengajar (V - PIPE : VARIETY PIPE CONNECTOR MODEL)
ABBM ini dibangunkan untuk melicinkan proses P&P Perpaipan Domestik selaras dengan kenyataan Mok Soon Sang
(1991) yang menyatakan bahawa, ABBM merupakan intipati dalam membantu guru bagi
melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami
konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Justeru hasilnya berpotensi untuk digunasama kepada pensyarah dari institut kemahiran yang lain bagi tujuan P&P. Selain bertujuan mempromosikan kursus jangka pendek perpaipan domestik yang turut ditawarkan oleh Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Bandar Penawar.